SHAH ALAM - Polis menahan seorang lelaki dipercayai warga tempatan yang melakukan penganiayaan terhadap haiwan dengan merendam seekor anak anjing ke dalam sebuah tangki berisi air di Seksyen 32, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, penahanan lelaki berusia lingkungan 20-an itu dilakukan di sebuah tapak pembinaan pada jam 3.40 petang selepas pihaknya menerima laporan orang awam yang melihat video insiden berkenaan melalui media sosial TikTok pada 2.14 pagi hari yang sama.