Tingkat kekerapan jadual tren - Pakar
Iklan
Laporan Sinar Harian pada Rabu mengenai diskaun tiket ETS. Gambar kecil: Dr Rosli Azad Khan
SHAH ALAM - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) perlu meningkatkan kekerapan jadual tren sedia ada sebagai persediaan menampung pertambahan jumlah penumpang susulan pemberian diskaun 30 peratus bagi pembelian tiket tren elektrik (ETS) untuk semua sektor.
Pakar Pengangkutan, Dr Rosli Azad Khan berkata, pengurangan harga tiket itu disifatkan sebagai langkah tepat selain, menggalakkan lebih ramai pengguna beralih kepada penggunaan kenderaan persendirian kepada pengangkutan awam.