Penjawat awam berisiko hilang hak pencen
Iklan
Laporan muka depan Sinar Harian pada Rabu. Gambar kecil: Ng Xin Ru
SHAH ALAM - Penjawat awam termasuk guru berdepan risiko kehilangan hak pencen sekiranya disabit kesalahan jenayah di mahkamah dan dikenakan tindakan buang kerja oleh jawatankuasa tatatertib mewakili jabatan masing-masing.
Peguam, Ng Xin Ru berkata, mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, penjawat awam yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman termasuk buang kerja atau turun pangkat.