MyKad berpotensi jadi mekanisme agihan subsidi diesel – Pakar
Iklan
Laporan muka depan Sinar Harian pada Khamis.
SHAH ALAM - Penggunaan MyKad sebagai mekanisme agihan subsidi diesel berpotensi diperluaskan bagi menambah baik sistem sedia ada selain mengurangkan risiko ketirisan dan penyalahgunaan termasuk penyeludupan bahan api.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, pendekatan berasaskan MyKad terbukti berkesan menerusi pelaksanaan subsidi petrol RON95 di bawah Budi Madani RON95 (BUDI95) yang lebih tersusun dan mudah dipantau.