Diesel dihantar ke Filipina bukan dari perut bumi Malaysia - Fahmi
Iklan
Fahmi bercakap mengenai taklimat krisis tenaga global pada sidang media mingguan Kabinet di Putrajaya, pada Rabu. Foto Bernama
PUTRAJAYA - Kerajaan sekali lagi menegaskan kira-kira 329,000 tong diesel yang dihantar ke Filipina, baru-baru ini, bukan berasal dari Malaysia sebagaimana dilaporkan beberapa media antarabangsa.
Menteri Komunikasi merangkap jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, dakwaan itu disahkan tidak benar sama sekali kerana bekalan minyak diesel tersebut bukan hasil daripada aktiviti cari gali di mana-mana telaga di negara ini.
Iklan
Iklan
"Ditanya tentang diesel tadi, minyak yang sampai ke Filipina itu bukan minyak dari perut bumi Malaysia. Disahkan," katanya pada taklimat krisis tenaga global dan sidang media pasca mesyuarat Kabinet di sini pada Rabu.
Isnin lepas, Fahmi menjelaskan bekalan diesel tersebut bukan diproses oleh Petroliam Nasional Bhd (Petronas) atau mana-mana syarikat minyak tempatan, tetapi dimiliki dan dijual oleh syarikat berpangkalan di Singapura iaitu Vitol.
Iklan
"Hakikatnya, minyak berkenaan bukan diproses oleh Petronas atau mana-mana syarikat minyak tempatan, sebaliknya ia milik Vitol yang telah dijual kepada Filipina, dengan kapal itu hanya berlepas dari perairan Malaysia," katanya.
Sebelum ini, media Filipina melaporkan kira-kira 329,000 tong atau 52.311 juta liter diesel dari Malaysia dihantar ke negara itu bagi menambah bekalan bahan api negara berkenaan ketika ketidaktentuan pasaran global.
Iklan
Menurut laporan itu, penghantaran berkenaan adalah sebahagian daripada usaha Kerajaan Filipina memperkukuhkan bekalan domestiknya. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Terima kasih penyumbang, Sinar Harian dan IJN'"><meta itemprop="description" content="Tiada ibu bapa yang sanggup melihat si cilik menahan kesakitan, namun itulah realiti terpaksa dihadapi keluarga ini apabila anaknya disahkan menghidap 'Tetralogy Fallot' (TOF), l,apor wartawan Sinar Harian, Aisyah Basaruddin.
TOF ialah sejenis kecacatan jantung kongenital (bawaan sejak lahir) dengan empat keabnormalan utama iaitu jantung berlubang, penyempitan salur darah atau injap, penebalan struktur dinding jantung kanan dan 'overriding aorta'.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797609/berita/nasional/terima-kasih-penyumbang-sinar-harian-dan-ijn
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SinarDihati #IJN #kempenSinarJantungsiKecil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-24T01:37:14.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P178S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbcc1jy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbcc1jy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbcc1jy"></script>