KUALA LUMPUR - Malaysia kekal komited dalam usaha memperkukuh kerjasama serantau menerusi Asia Zero Emission Community (AZEC) atau Pemimpin-Pemimpin Komuniti Pelepasan Sifar Asia bagi memastikan bekalan tenaga stabil, mencukupi serta berdaya tahan.
Ketika menegaskan perkara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkembangan terkini di Asia Barat, terutama membabitkan Selat Hormuz hanya mengingatkan bahawa kestabilan bekalan tenaga amat penting bagi memastikan ekonomi kekal berdaya tahan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.