Yang tak hormat lampu merah?
Iklan
Kemalangan boleh berlaku setiap minit apabila pengguna ingkar peraturan terutamanya isyarat lampu merah. Foto hiasan
AWANG berdukacita apa yang berlaku pada Nurul Fatimatul Hawa, 13, yang meninggal dunia akibat dilanggar kereta seorang guru di sekolahnya.
Kata orang putih, itu freak accident. Si guru tertekan pedal minyak dan kereta meluncur ke hadapan, hilang kawalan dan melanggar dua orang murid termasuk arwah.