KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat serta angin kencang dijangka melanda 10 negeri serta ibu negara dan Putrajaya hingga 4 petang ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan keadaan cuaca itu dijangka melanda Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Yan, Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu), Perlis, Pulau Pinang, Perak, dan Terengganu (Hulu Terengganu dan Dungun).