Aduan KPDN percepat kurangkan birokrasi SKPS – FOMCA
Iklan
Kira-kira 2,000 pengusaha bas sekolah berdaftar (van) dijangka terpaksa menaikkan kadar tambang mulai bulan depan susulan tekanan kos bahan api. Gambar kecil:Nur Asyikin
SHAH ALAM – Pengguna disaran membuat aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berhubung kenaikan tambang bas dan van sekolah bagi membantu kerajaan mengurangkan kekangan birokrasi dalam pelaksanaan Skim Kawalan Petrol Subsidi (SKPS).
Bendahari Agung Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Nur Asyikin Aminuddin berkata, langkah itu penting memandangkan sektor pengangkutan pendidikan sepatutnya tidak terjejas kerana layak menerima subsidi bahan api.