Kisah manusia dan bulan
Iklan
Pakar misi Artemis II, Christina Koch melihat kembali ke arah Bumi melalui tingkap kapsul Orion. Foto AFP
EMPAT orang angkasawan mengelilingi bulan selama 10 hari dalam misi The Artemis II kini sudah kembali ke bumi semula. Ia perjalanan paling jauh yang pernah dicapai oleh mana-mana angkasawan. Perjalanan ini mencapai jarak 252,756 batu, memecah rekod perjalanan Apollo yang berlaku tahun 1970 yang hanya mencecah 248,000 batu.
Tapi isunya ia bukanlah perjalanan paling jauh. Ia mengisahkan hal yang lain. Siapa yang menguasai bulan, sebenarnya sedang menguasai bumi. China juga sedang berlumba untuk menyaingi Amerika Syarikat (AS) dalam teknologi satelit dan roket ke bulan.