'Kalau rentas Sungai Golok lagi dekat'
Iklan
Pelajar perlu meredah perjalanan sejauh 3.7 kilometer sama ada menaiki motosikal atau berjalan kaki untuk sampai ke sekolah sebaik sahaja melepas ICQS Rantau Panjang.
Foto: HAZELEN LIANA KAMARUDIN
RANTAU PANJANG - Faktor jarak lebih dekat menjadi punca pelajar menggunakan pangkalan haram untuk merentas Sungai Golok ke sekolah di sini.
Jika menggunakan pangkalan haram, pelajar hanya perlu menaiki bot tambang sekitar RM1 dan berjalan kaki pula ke sekolah yang hanya berjarak kira-kira 100 meter dari tebing Sungai Golok di sini.