KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur menahan dua anggota polis kerana disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah RM10,000 sebagai balasan melepaskan empat pekerja rumah urut yang didakwa menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk bekerja.
Kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 30-an itu direman selama lima hari hingga 17 April selepas perintah reman dikeluarkan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Isnin.