KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat serta angin kencang dijangka melanda ibu negara dan lapan negeri hingga jam 5 petang ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan cuaca itu dijangka melanda Kedah melibatkan Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu; Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan) dan Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Batang Padang dan Mualim).