'Alhamdulillah, stesen minyak ini banyak bantu orang kampung'
Iklan
Mahdzir membantu mengisi minyak ke dalam motosikal pengguna ketika perasmian Stesen Minyak Mudah Alih di Desa Keda Sungai Tengas pada Isnin.
BANDAR BAHARU – Penduduk Sungai Tengas dan kawasan sekitarnya tidak perlu lagi menempuh perjalanan kira-kira tujuh kilometer untuk mendapatkan bekalan bahan api susulan pembukaan stesen minyak mudah alih bernilai RM1.2 juta, Februari lalu.
Penduduk, Abdullah A Rahman, 56, berkata, sebelum ini mereka terpaksa ke kawasan lebih jauh untuk mengisi minyak, malah ada lokasi yang memerlukan perjalanan sehingga kira-kira 10 kilometer.
Iklan
Iklan
Abdullah
“Alhamdulillah, bila ada stesen ini banyak membantu orang kampung. Terima kasih kepada pihak Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) dan semua yang mengusahakan projek ini,” katanya.
Iklan
Seorang lagi penduduk, Zaharul Adnan, 54, berkata, kewujudan stesen minyak itu memberi kemudahan kepada penduduk Desa Keda Sungai Buloh, Desa Keda Sungai Tengas dan kawasan berhampiran yang sebelum ini perlu ke Selama, Perak untuk mendapatkan bahan api.
Zaharul
Iklan
Sementara itu, Johari Syafie, 70, berkata, penduduk setempat menunggu lebih 10 tahun untuk kemudahan seumpama itu selepas stesen lama di kawasan berkenaan tidak lagi beroperasi.
Menurutnya, pembukaan semula stesen minyak itu amat melegakan kerana penduduk tidak lagi perlu ke tempat lain semata-mata untuk membeli keperluan harian dan mengisi minyak.
Johari
Sementara itu, Pengerusi Keda, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, projek hasil kerjasama antara Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menerusi Keda dan BHPetrol itu merupakan inisiatif penting dalam memastikan masyarakat luar bandar mendapat akses bekalan bahan api secara lebih mudah dan cepat.
“Stesen ini diwujudkan bagi menangani isu capaian bahan api di kawasan luar bandar yang jauh daripada rangkaian stesen minyak konvensional, selain memastikan penduduk memperoleh bekalan bersubsidi tanpa perlu bergerak jauh dari kawasan masing-masing.
“Melalui penyediaan tapak dan sokongan logistik oleh Keda serta kepakaran teknikal pengusaha, projek ini diyakini mampu merancakkan pertumbuhan ekonomi setempat serta memudahkan urusan harian penduduk, peladang dan peniaga kecil sekitar Sungai Tengas,” katanya.
Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.