JAKARTA - Gunung Semeru di Indonesia yang terletak di sempadan Kabupaten Lumajang dan Malang di Jawa Timur, meletus beberapa kali pada Isnin, mengeluarkan tiang abu sehingga 1,000 meter di atas puncaknya.
Pegawai Pos Pemerhatian Gunung Semeru, Sigit Rian Alfian berkata, gunung berapi itu merekodkan enam letusan sejak awal pagi dengan letusan terbaru berlaku pada jam 9.23 pagi waktu tempatan.