BISA tingkat kredibiliti Coffee Star
Iklan
Raja Ahmad Fauzan
PENGIKTIRAFAN Anugerah Bisnes Sinar Harian Awards (BISA) 2023 dilihat memberi impak besar dari segi kredibiliti kepada Coffee Star berbanding peningkatan jualan secara langsung.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Raja Ahmad Fauzan Raja Hassan berkata, pengiktirafan tersebut menjadi nilai tambah apabila berurusan dengan pelanggan berpotensi.
Iklan
Iklan
“Impak terbesar bukan terus kepada jualan tetapi kepada kredibiliti apabila berjumpa pelanggan.
“Kami menampilkan pengiktirafan BISA serta liputan artikel sebagai satu bentuk pencapaian atau ‘badge of honour’ yang meningkatkan keyakinan terhadap jenama kami,” katanya kepada Sinar Bisnes.
Iklan
Beliau berkata, dari segi strategi, syarikat mengekalkan pendekatan sedia ada dengan memberi tumpuan kepada pengembangan lokasi, kualiti produk dan komitmen terhadap rakan niaga.
“Kami perlu memastikan reputasi sebagai syarikat yang diiktiraf anugerah terus dipelihara dan diterjemahkan dalam setiap aspek operasi.
Iklan
“Sebagai penerima anugerah inovasi pilihan pada BISA 2023, Coffee Star perlu bertindak selaras dengan pengiktirafan tersebut,” ujar beliau.
Tambahnya, Coffee Star memilih untuk berkembang secara berperingkat tanpa pinjaman atau pelabur luar bagi memastikan hala tuju syarikat kekal terpelihara.
“Biarpun ada peluang yang terpaksa ditolak kerana tidak selari, keputusan itu penting untuk menjaga pemilikan dan arah tuju syarikat.
“Kami percaya pendekatan ‘grow slow but solid’ memberi asas lebih kukuh untuk jangka panjang,” katanya.
Mengulas perbezaan sebelum dan selepas menerima BISA, beliau berkata, syarikat kini lebih mendapat perhatian selain meningkatkan keyakinan dalam kalangan pasukan.
“Dahulu, kami hanya sebuah syarikat kecil yang kurang mendapat perhatian. Selepas pengiktirafan, kami mula menerima lebih banyak pendedahan selain meningkatkan keyakinan dan kebanggaan dalam kalangan pasukan.
“Bagi usahawan baharu, jangan bandingkan permulaan sendiri dengan kejayaan orang lain kerana setiap perjalanan berbeza,” katanya.
West Coast Expressway Sdn Bhd (WCE) menyumbang RM10,000 bagi menaja seekor seladang jantan di Zoo Taiping & Night Safari sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan terhadap pemuliharaan biodiversiti.
Pengarah Urusannya, Lyndon Alfred Felix berkata, sumbangan menerusi Program Anak Angkat Seladang itu bertujuan menampung kos pemeliharaan dan operasi haiwan berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789091/bisnes/wce-sumbang-rm10000-jaga-kebajikan-seladang-jantan-zoo-taiping
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.