KOTA BHARU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan melepaskan empat anggota polis yang sebelum ini direman bagi membantu siasatan meminta dan menerima rasuah kira-kira RM12,000 dengan jaminan pada Sabtu.
Menurut sumber, kesemua suspek didakwa menerima rasuah sebagai balasan tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas seorang individu yang didapati membawa daun ketum di dalam kereta yang dipandunya.