Bekas wartawan TV3 Jaffry Azman meninggal dunia

Iklan
Allahyarham Jaffry Azman Dahalan. - Bernama

PUTRAJAYA – Bekas wartawan TV3, Jaffry Azman Dahalan, yang dikenali lantang memperjuangkan isu alam sekitar dan komuniti, meninggal dunia di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, pagi Ahad.

Berita pemergian Allahyarham disahkan anaknya, Azali, ketika dihubungi Bernama hari ini.

Iklan
Iklan

Menurut Azali, bapanya yang berusia 62 tahun menghembuskan nafas terakhir pada jam 6.45 pagi akibat serangan jantung.

“Jenazah masih berada di hospital dan segala urusan diuruskan oleh abang saya. Saya memohon doa semua agar segala urusan dipermudahkan dan Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” katanya.

Iklan

Beliau berkata, jenazah akan dibawa ke Surau As-Siddiq, Bandar Tun Hussein Onn (BTHO), Cheras sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan BTHO.

Sepanjang kerjayanya, Allahyarham dikenali sebagai wartawan berpengalaman yang berkhidmat lama bersama TV3, termasuk menerajui segmen ‘Aduan Rakyat’.

Iklan

Dalam segmen berkenaan, beliau pernah bergandingan dengan Karam Singh Walia, yang turut dikenali sebagai figura penting dalam dunia kewartawanan tempatan.

Allahyarham juga dikenali sebagai pengamal media yang komited dalam menyuarakan isu rakyat, menjadikan beliau antara wartawan yang disegani dan diingati dalam industri. - Bernama