Lebihan sen boleh cecah RM26 juta
Iklan
Walaupun hanya beberapa sen bagi setiap transaksi, kesan terkumpul mampu mencecah jutaan ringgit setahun. Gambar kecil: Barjoyai
SHAH ALAM - Lebihan sekitar tiga sen daripada transaksi pembayaran digital menggunakan kod respons pantas (QR) atau DuitNow QR yang ‘digenapkan naik’ dianggarkan boleh mencapai jutaan ringgit setahun.
Jumlah itu dianggarkan sekitar RM6.53 juta (25 peratus), RM13.05 juta (50 peratus) dan RM26.10 juta (100 peratus) setahun, bergantung kepada peratusan pelaksanaannya.