Selangor Tourism, Bateriku jalin kerjasama sempena Visit Malaysia 2026

Iklan
Sufian (dua dari kiri) dan Yee Ling (tiga dari kanan) menunjukkan dokumen MoU sambil disaksikan Suee Lim (tiga dari kiri).

SHAH ALAM - Syarikat pengeluar bateri, Bateriku mengumumkan secara rasmi kerjasama dengan Selangor Tourism melalui pemeteraian Memorandum Kerjasama (MoU) antara kedua-dua pihak sempena MATTA Fair 2026 di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pada majlis menandatangani MoU tersebut, Bateriku diwakili Ketua Pegawai Operasinya, Sufian Yusof dan Selangor Tourism diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Chua Yee Ling, disaksikan oleh Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor, Datuk Ng Suee Lim.

Iklan
Iklan

Menurut pihak Bateriku, kerjasama tersebut akan mengiktiraf syarikat itu sebagai rakan rasmi untuk membantu kenderaan pelancong yang mengalami masalah sepanjang program Visit Selangor 2026 yang berlangsung selari dengan Visit Malaysia 2026.

"Bateriku hadir untuk memperkukuh sokongan bantuan kenderaan rosak atau bermasalah di tepi jalan.

Iklan

"Malaysia bakal berdepan dengan ledakan pelancong pada tahun 2026. Maka, satu sistem bantuan tepi jalan yang ampuh amat diperlukan. Melalui kerjasama ini, Bateriku akan menyediakan bantuan tepi jalan kepada kluster strategik Tourism Selangor Sdn. Bhd.," katanya di sini pada Ahad.

Menurut Bateriku, kerjasama tersebut turut melibatkan kluster strategik yang bersama-sama memajukan Selangor seperti Wanita Berdaya Selangor Sdn. Bhd., Yayasan Warisan Anak Selangor, Yayasan Hijrah Selangor, Smart Selangor Delivery Unit, Universiti Selangor (UNISEL), Media Selangor dan lain-lain.

Iklan

Jelasnya lagi, Bateriku juga komited untuk memastikan tiada sebarang gangguan perkhidmatan disebabkan isu pengangkutan ketika pelancong menikmati suasana di Malaysia, terutama di Selangor.

Mengulas lanjut, Bateriku memberitahu MoU tersebut adalah kesinambungan kerjasama Visit Selangor 2025 tahun lalu.

"Kerjasama Bateriku dengan Selangor Tourism bukanlah sesuatu yang baharu. Ia adalah kesinambungan daripada Visit Selangor 2025 apabila Bateriku menggalas tanggungjawab yang serupa.

"Sekaligus mencerminkan kewibawaan Bateriku dan kepercayaan Selangor Tourism kepada pihak kami sebagai penyedia perkhidmatan bantuan tepi jalan ini," ujarnya.

Katanya lagi, sempena kerjasama tersebut, Bateriku turut mengadakan promosi di seluruh negara untuk pembelian bateri kereta.

Tambahnya lagi, dengan menggunakan kod promo"BTSEL40" sewaktu melakukan pembelian, pengguna akan memperoleh diskaun RM40 ke atas harga bateri.

"Promosi berjalan sepanjang tahun 2026 dan sah sehingga 31 Disember 2026. Untuk menebus diskaun RM40, pembelian boleh dibuat melalui mana-mana saluran aplikasi mudah alih Bateriku (Android, iOS) hotline Bateriku 011-1600 6008 serta di cawangan Bateriku di seluruh Malaysia," ujarnya.