ISKANDAR PUTERI – Tiga remaja lelaki yang masih bersekolah ditahan polis selepas disyaki mencuri wang derma tabung surau dalam kejadian di kawasan Kangkar Pulai.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, laporan berhubung kejadian diterima pada Khamis lalu.