TEHERAN - Pemimpin Agung Iran, Mojtaba Khamenei masih dalam proses pemulihan daripada kecederaan serius pada muka dan kakinya.
Pendedahan keadaan terkini beliau dibuat sumber rapatnya selepas Mojtaba Khamenei, 56, dilaporkan cedera teruk dalam serangan dilancarkan Amerika Syarikat (AS) pada fasa awal konflik yang turut mengorbankan beberapa ahli keluarga termasuk bapanya.