Ikram saran wujud SOP sambutan Aidilfitri oleh bukan Islam
Iklan
Pihak berkuasa disaran mewujudkan garis panduan atau prosedur khusus berkaitan penganjuran majlis berunsur Islam termasuk sambutan Aidilfitri oleh persatuan bukan Islam.
SHAH ALAM – Pihak berkuasa disaran mewujudkan garis panduan atau prosedur khusus berkaitan penganjuran majlis berunsur Islam termasuk sambutan Aidilfitri oleh persatuan bukan Islam.
Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Badlishah Sham Baharin berkata, langkah itu bertujuan memastikan pihak penganjur lebih peka dan memahami batas sensitiviti dalam kalangan umat Islam, sekali gus mengelak sebarang salah faham dalam masyarakat majmuk.