Ramai tunggu giliran terapi di hospital kerajaan
Iklan
Disebabkan pesakit ramai di hospital kerajaan, sesi terapi tidak dapat dilakukan dengan kerap mendorong Zira mengambil inisiatif mendapatkan rawatan swasta untuk anaknya.
KUANTAN - Ibu bapa mempunyai banyak pilihan untuk menghantar anak autisme menjalani terapi di pusat swasta, namun ramai dalam kalangan keluarga kurang berkemampuan bergantung kepada perkhidmatan disediakan di klinik atau hospital kerajaan.
Menurut seorang ibu yang hanya mahu dikenali sebagai Zira, 35, anak bongsunya daripada empat beradik, Wawa, 6, (bukan nama sebenar) yang diagnosis autisme dengan masalah lambat bertutur, pada mulanya menjalani terapi di klinik kerajaan.