'Ikat perut' demi terapi anak autisme
Iklan
Siti Suriatul Azwani mengambil keputusan berhenti kerja pada 2021 bagi memberi perhatian penuh kepada dua anaknya yang autisme.
PASIR MAS – Sepasang suami isteri sanggup ‘ikat perut’ demi memastikan dua anak autisme mereka mendapat rawatan terapi terbaik meskipun terpaksa berdepan bebanan kewangan yang menghimpit.
Bekas pembantu farmasi, Siti Suriatul Azwani Ismail, 36, berkata, dia mengambil keputusan berhenti kerja pada 2021 bagi memberi perhatian penuh kepada dua cahaya hatinya itu.