Hak privasi dan bahaya skodeng
Iklan
Jikalau video lucah simpanan peribadi boleh dikesan tidakkah pihak berwajib boleh mengesan perbualan, WhatsApp atau apa platform media sosial yang digunakan oleh orang ramai?
RASANYA dalam sehari dua ini tidak ada berita yang lebih viral daripada kisah seorang ibu tunggal berumur 32 tahun yang didakwa miliki 100 video lucah dalam telefon bimbitnya. Panas betul berita itu.
Para netizen banyak bertanya, apakah salah simpan video lucah dalam telefon sendiri? Bagaimana jikalau bahan itu diforward oleh orang lain?