Menunggu mati
Iklan
Lebih 10,000 pesakit masih menanti 'keajaiban' di senarai menunggu pendermaan organ kerana waris penderma tidak menjiwai hasrat murni penderma tersebut. Gambar hiasan
BARU-baru ini, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengumumkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menetapkan tahun 2026 sebagai tahun 'Misi Nasional' bagi memartabatkan agenda pemindahan organ di negara ini melalui kempen 'Warisku, Hormati Ikrarku'.
Menurut beliau misi berkenaan bertujuan memberi kesedaran kepada ahli keluarga agar menghormati hasrat terakhir penderma memandangkan sokongan waris merupakan faktor kritikal dalam menjayakan proses transplan.