Amaran ribut petir, hujan lebat di KL, Labuan dan 11 negeri

Iklan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di KL, Labuan dan 11 negeri hingga jam 10 malam ini. Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (KL), Labuan dan 11 negeri hingga jam 10 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan pada jam 7.30 malam ini memaklumkan keadaan cuaca buruk itu dijangka melanda seluruh Perlis, Pulau Pinang dan Perak.

Iklan
Iklan

Amaran sama dikeluarkan bagi Kedah melibatkan (Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) serta Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat).

Keadaan itu turut diramal berlaku di Kelantan (Gua Musang), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Bera dan Rompin), Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin) serta Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai dan Kota Tinggi).

Iklan

Di Sabah, amaran dikeluarkan bagi kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan) serta Pantai Barat (Putatan).

Sementara itu, di Sarawak, kawasan terjejas ialah Sri Aman, Betong (Betong), Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit), Kapit (Song dan Kapit), Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) serta Limbang. - Bernama

Iklan