Semua kapal, pesawat AS kekal ditempatkan berhampiran Iran sehingga perjanjian dimeterai - Trump

Iklan
Donald Trump. Foto Agensi

MOSCOW - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata semua kapal, pesawat dan anggota tentera AS akan terus ditempatkan berhampiran Iran sehingga perjanjian itu dilaksanakan, lapor Sputnik/RIA Novosti.

"Semua kapal, pesawat dan anggota tentera AS, dengan amunisi tambahan, persenjataan dan apa sahaja yang sesuai serta perlu bagi melumpuhkan dan memusnahkan musuh yang telah pun dilemahkan dengan ketara, akan kekal berada di kedudukan masing-masing di Iran dan sekitarnya sehingga PERJANJIAN SEBENAR yang dicapai dipatuhi sepenuhnya,” kata Trump menerusi Truth Social.

Iklan
Iklan

Beliau turut memberi amaran bahawa jika perjanjian itu tidak dilaksanakan, permusuhan akan meningkat ke tahap yang lebih buruk daripada yang pernah disaksikan sebelum ini.

"Jika atas apa jua sebab ia tidak dilaksanakan, yang kemungkinan besar tidak akan berlaku, maka ‘Serangan akan bermula,’ lebih besar, lebih hebat dan lebih kuat daripada yang pernah dilihat sesiapa pun sebelum ini,” kata Trump. - Bernama

Iklan

 

 

Iklan