Bela ayam, tanam sayur sendiri
Iklan
Haniza menunjukkan ubi kayu yang ditanam di halaman rumahnya serta ayam yang dibela sejak PKP lalu.
BALIK PULAU – Bermula sekadar mengisi masa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sebuah keluarga kini menjadikan aktiviti membela ayam dan bercucuk tanam sebagai rutin harian bagi menjimatkan kos serta menjamin bekalan makanan sendiri.
Menurut suri rumah, Haniza Abdul Razak, 49, keputusan itu dibuat memandangkan kediaman mereka mempunyai kawasan lapang.