Berapa lama rakyat nikmati harga bersubsidi
Iklan
Hari ini, kerajaan membelanjakan kira-kira RM2 bilion sebulan untuk mengekalkan harga RON95. - Foto fail Bernama
DALAM beberapa minggu kebelakangan ini, isu minyak kembali menjadi nadi kebimbangan rakyat Malaysia.
Konflik geopolitik di Asia Barat, khususnya melibatkan laluan strategik di Selat Hormuz, telah mengingatkan kita bahawa kestabilan harga minyak bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah. Persoalan utama: berapa lama kita mampu bertahan?