Hanya berjaga-jaga, bukan tanda panik
Iklan
Perkongsian daripada Faradilla Eamy Jaar di Facebook bagaimana cara dia membuat persediaan jika berlaku kesan kepada rantaian bekalan global.
SHAH ALAM - Trend perkongsian mengenai prep atau persediaan menghadapi kemungkinan kesukaran mendapatkan barangan keperluan yang tular di media sosial dilihat lebih kepada langkah berjaga-jaga, bukannya tanda rakyat panik.
Pakar ekonomi dari University College i-CATS, Kuching, Profesor Datuk Dr Shazali Abu Mansor berkata, tindakan itu disifatkan munasabah susulan konflik di Asia Barat yang berpotensi memberi kesan kepada rantaian bekalan global.