Pandai tapi tak bijak jadi orang
Iklan
Semua orang nak berjaya dan usaha untuk dapat keputusan yang baik itu memang patut dihargai. Foto hiasan
KITA sebenarnya sudah terlalu lama hidup dalam dunia suka mengukur. Daripada kecil, kita diajar kejayaan itu ada bentuknya nombor, gred, ranking sementelah penulis sendiri pun berlumba-lumba nak dapatkan tempat pertama dalam setiap ujian di sekolah.
Kalau tinggi, kita berjaya. Kalau tak, kita kena cuba lagi sampai dapat. Lama-lama, kita pun terbiasa.