PUTRAJAYA - Seramai 300 Personel MyStep Pembantu Warden Asrama (MyPWA) dilantik dan mula ditempatkan di sekolah-sekolah berasrama di seluruh negara bermula 1 April lepas bagi meningkatkan tahap keselamatan murid serta mengurangkan beban tugas guru.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, MyPWA berperanan membantu warden khususnya dalam pemantauan waktu malam bagi memastikan keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan murid asrama dapat terus diperkukuhkan.