Wakaf Quran Mu’jam kumpul 5,097 al-Quran
Iklan
Orang ramai atau badan korporat dipelawa tampil mewakafkan al-Quran kepada petugas, pesakit dan pelawat di hospital sebagai salah satu bentuk sokongan emosi serta spiritual.
SHAH ALAM - Program Wakaf Quran Mu’jam yang dilancarkan pada Jumaat lalu berjaya mengumpul sebanyak 5,097 naskhah al-Quran setakat jam 8 malam hari ini untuk disalurkan ke hospital, pusat kesihatan dan pusat kuarantin di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di seluruh Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Marhaini Yusoff berkata, sumbangan yang diterima itu kebanyakannya daripada rakyat Malaysia menerusi hebahan pelbagai platform rakan senergi yang menggerakkan solidariti itu secara bersama termasuklah Jakim, TV AlHijrah, Sinar Harian, Ideaktiv, WUIF dan Rumah Ngaji di seluruh negara.
Iklan
Iklan
Menurutnya, melihat respons positif rakyat Malaysia, sasaran untuk mengumpul sebanyak 15,000 naskhah al-Quran mampu direalisasikan untuk kegunaan sepanjang Ramadan nanti.
"Semalam Hospital Shah Alam, Selangor telah menerima sebanyak 200 naskhah al-Quran bagi penyampaian pertama hasil sumbangan wakaf orang ramai melalui inisiatif ini.
Iklan
"Insya-ALLAH, esok kita akan melakukan penyerahan kepada Hospital Sungai Buloh dan pusat kuarantin di bawah Jakim di Bangi pula,” katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.
Marhaini
Mengulas lanjut, Marhaini berkata, pada fasa pertama pihaknya menyasarkan untuk mengagihkan al-Quran kepada 28 hospital yang menangani kes wabak koronavirus (Covid-19) sebelum diperluaskan ke hospital-hospital lain, klinik kesihatan dan pusat kuarantin pada fasa seterusnya.
Iklan
Menurutnya, sebanyak 6,000 naskhah al-Quran akan diperuntukkan kepada hospital yang mengendalikan Covid-19 dan selebihnya akan disalurkan di 200 lokasi hospital, klinik kesihatan dan pusat kuarantin yang lain.
"Justeru, kami menggalakkan orang ramai atau badan-badan korporat untuk tampil mewakafkan al-Quran kepada petugas, pesakit dan pelawat di hospital sebagai salah satu bentuk sokongan emosi serta spiritual.
"Semoga dengan kembali kepada al-Quran dan berdoa, kita dapat bersabar serta tidak putus asa menempuhi cabaran yang dihadapi ini," katanya.
Mereka yang ingin menyumbang sebagai pewakaf al-Quran boleh mendaftar di bit.ly/wakafquranhospital.
Bayaran wakaf sebanyak RM45 senaskhah boleh dibuat kepada Warisan Ummah Foundation melalui nombor akaun Maybank Islamic 564276516031 dengan rujukan Wakaf Quran.
ARTIKEL BERKAITAN: Sasar wakaf 15,000 al-Quran
Tema Malaysia #QuranHour (MQH) 2026, Bingkas Menuju Malaysia Sejahtera tepat dalam mengajak masyarakat bangkit membina kehidupan berteraskan al-Quran khususnya ketika berdepan cabaran akhlak dan gejala sosial, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Imam Besar Negeri Kelantan, Muhammad Hana Pizi Abdullah berkata, beliau mewakili Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menyokong usaha berkenaan kerana tema yang diketengahkan mesej jelas untuk masyarakat kembali kepada panduan al-Quran.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792683/khas/quranhour/mqh-bingkas-menuju-malaysia-sejahtera-seru-masyarakat-kembali-kepada-al-quran
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.