Ribut petir, hujan lebat diramal di kebanyakan negeri

Iklan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat membabitkan beberapa kawasan di Semenanjung, Sarawak dan Sabah hingga jam 6 petang pada Rabu. Foto hiasan

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat membabitkan beberapa kawasan di Semenanjung, Sarawak dan Sabah hingga jam 6 petang pada Rabu.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, kawasan yang terlibat di Semenanjung adalah Perlis, Kedah (Kubang Pasu, Padang Terap, Kulim dan Bandar Baharu), Perak (Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim).

Iklan
Iklan

Amaran sama turut dikeluarkan bagi Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Bentong, Maran, Kuantan dan Rompin, Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin), Melaka serta Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Kluang dan Mersing).

Di Sarawak, kawasan terlibat termasuk Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei (Sarikei dan Meradong), Mukah (Tanjung Manis, Daro, Matu dan Dalat), Miri (Subis dan Marudi) serta Limbang.

Iklan

Bagi Sabah, amaran hujan lebat melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan manakala Pantai Barat melibatkan Papar, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud.

 

Iklan