Krisis di Asia Barat, kesan sampai dapur kita
Iklan
Simpanan makanan asas untuk tempoh munasabah bagi sesebuah isi rumah adalah langkah pengurusan risiko yang bijak, bukannya tindakan melulu kerana ketakutan.
DUNIA hari ini secara jelasnya sedang berada di atas retakan yang menanti masa untuk belah. Amerika Syarikat (AS) dan negara haram Israel yang menjadi kesayangannya tidak akan boleh hidup tanpa pengeboman, kerosakan dan pembunuhan terhadap rakyat negara lain.
Konflik di Asia Barat yang berpunca daripada serangan penjenayah perang terhadap Iran menyebabkan dunia menjadi tidak tentu arah sejak ia bermula dan meletakkan keselamatan global dalam keadaan siaga.