12 lelaki ditahan 'serang' pusat hiburan

Iklan
Seramai 12 lelaki telah ditahan kerana disyaki terlibat dalam kejadian khianat dan rusuhan sebuah pusat hiburan di Cheras - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Seramai 12 lelaki telah ditahan kerana disyaki terlibat dalam kejadian khianat dan rusuhan sebuah pusat hiburan di Cheras di sini pada Ahad.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, pihaknya turut merampas beberapa kenderaan termasuk sebuah lori yang digunakan suspek dalam kes tersebut.

Iklan
Iklan

"Pihak polis telah menangkap seramai 12 lelaki dan permohonan reman telah dipohon.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 148 akta sama," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Iklan

Sidang akhbar Ketua Polis Kuala Lumpur berhubung kes itu akan diadakan pada jam 11 pagi Rabu di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Pada Isnin, Fadil dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung insiden itu pada jam 7.30 malam.

Iklan

Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku kira-kira 1.30 tengah hari apabila sekumpulan lelaki terbabit bertindak merempuh pintu pagar premis menggunakan sebuah lori.

Mereka kemudian menceroboh masuk ke dalam pusat hiburan berkenaan. Suspek turut melakukan perbuatan khianat dengan memecahkan barangan di dalam premis itu.