Suami ADUN Meru meninggal dunia

Iklan
Suami kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Mariam Abdul Rashid meninggal dunia awal pagi Selasa.

SHAH ALAM – Suami kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Mariam Abdul Rashid meninggal dunia awal pagi Selasa.

Mariam memaklumkan Allahyarham Abu Bakar Din menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 12.30 tengah malam.

Iklan
Iklan

Menurutnya, jenazah dibawa pulang ke kediaman keluarga di Lot 1866, Lorong 8 Kampung Merbau Sempak pada malam ini.

"Pengurusan jenazah akan diuruskan pada esok (hari ini)," katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Iklan

Beliau turut memohon orang ramai mendoakan Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Terdahulu, berita pemergian Allahyarham turut dikongsi dalam kalangan kenalan serta masyarakat setempat yang menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga beliau.

Iklan

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari turut menzahirkan ucapan takziah kepada Mariam atas pemergian suaminya.

"Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan diampunkan segala dosa," katanya.