Bekalan tenaga Malaysia mencukupi sekurang-kurangnya sehingga Jun - PM
Iklan
Anwar dalam sesi soal jawab di acara Dialog Kuala Lumpur-Ankara 2026, pada Selasa. Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Bekalan tenaga Malaysia dijangka terus mencukupi sekurang-kurangnya sehingga Jun ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, walaupun berstatus sebuah negara pengeluar tenaga, Malaysia juga merupakan pengimport bersih berikutan produk yang dihasilkan adalah berkualiti premium dengan kos lebih tinggi.
Iklan
Iklan
Pada masa sama, Perdana Menteri mengingatkan walaupun bekalan mencukupi bagi kegunaan domestik, potensi gangguan harga susulan ketidaktentuan tenaga global adalah sesuatu yang tidak dapat dielak.
“Setakat ini, unjuran bagi Mei dan Jun (menunjukkan) kemungkinan berlaku gangguan harga, namun (dari segi) bekalan untuk beberapa bulan akan datang, kita pasti mengenainya,” kata beliau dalam sesi soal jawab di acara Dialog Kuala Lumpur-Ankara 2026 di sini, pada Selasa.
Iklan
Menjelaskan selanjutnya, Anwar turut menyifatkan kemampuan Malaysia dari segi kestabilan bekalan tenaga itu berkait rapat dengan rekod prestasi dan rangkaian global Petroliam Nasional Bhd (Petronas) yang mantap serta mengekalkan hubungan lama dengan negara-negara pengeluar utama minyak lain.
Hubungan strategik sedemikian, kata Perdana Menteri, telah membolehkan Malaysia mengelak kekurangan bekalan di tengah-tengah ketegangan geopolitik yang terbukti menjejaskan pasaran tenaga global.
Iklan
Mengulas gas asli cecair (LNG), beliau berkata, Malaysia terus mendapat manfaat daripada pengeluaran domestik dan import, terutama dari Australia menerusi perjanjian jangka panjang, selain daripada operasi Petronas di Kanada.
“Malaysia mempunyai kapasiti pengeluaran LNG yang besar dengan sokongan import dari Australia dan kejayaan operasi kita di Kanada yang secara keseluruhannya menyokong keterjaminan tenaga negara,” kata beliau.
Anwar berkata, pada masa sama, Malaysia juga secara agresif meneroka peluang dengan Turkiye yang merentasi pelbagai sektor strategik, termasuk LNG dan semikonductor yang menjadi sebahagian daripada usaha untuk mengukuhkan hubungan dua hala ekonomi selain meningkatkan daya tahan rantaian bekalan.
Pengeluaran minyak Turkiye menokok 26 peratus manakala output gas melonjak 39 peratus pada 2025.
Kerajaan Turkiye menyasarkan untuk mengurangkan kebergantungan asing serta memperkukuh keterjaminan tenaga dan pada masa ini negara itu memenuhi kira-kira dua pertiga daripada permintaan tenaga menerusi import dengan kos dianggarkan AS$60 bilion hingga AS$70 bilion (AS$1 = RM4.02) setiap tahun.
Selain itu, Turkiye merupakan pasaran gas keempat terbesar di Eropah dan berperanan penting dalam landskap tenaga rantau berkenaan manakala Malaysia adalah antara lima pengeksport LNG terbesar di peringkat global. - Bernama
Kempen Sinar Untuk Jantung Si Kecil memberi sinar harapan kepada kanak-kanak yang memerlukan rawatan jantung apabila berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak RM134,477.79 hasil keprihatinan masyarakat seluruh negara, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Hidayah Hamid dan juruvideo, Zamir Yusof.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr Shaiful Azmi Yahaya berkata, sumbangan berkenaan memberi peluang kepada pesakit mendapatkan akses kepada rawatan yang diperlukan, selain meringankan kebimbangan kewangan keluarga.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797454/berita/nasional/kempen-sinar-untuk-jantung-si-kecil-beri-sinar-harapan-kumpul-rm134477-79
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.