KKM perlu dana dua kali ganda dana
Iklan
Kos bagi merawat beberapa penyakit tidak berjangkit seperti penyakit kencing manis, penyakit kardiovaskular dan kanser mencecah lebih RM64 billion setahun. Gambar kecil: Dr Syed Mohamed
SHAH ALAM - Peruntukan tahunan untuk sektor kesihatan awam negara masih belum mencukupi kerana Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memerlukan peningkatan sekurang-kurangnya dua kali ganda berbanding jumlah diterima ketika ini.
Presiden Persatuan Ekonomi Kesihatan Malaysia, Profesor Emeritus Datuk Dr Syed Mohamed Aljunid berkata, berdasarkan anggaran dalam Kertas Putih Kesihatan yang diluluskan Parlimen pada Julai 2023, kerajaan perlu meningkatkan peruntukan kewangan sektor awam dari 2.5 ke lima peratus.