Seronok yang menyakitkan orang lain
Iklan
Kes pemandu mabuk dan berkhayal ini bukan perkara baharu.Gambar hiasan
KETIKA mula mengenal subjek psikologi pada awal tahun 1990-an, kami pelajar psikologi selalu diperkenalkan dengan idea Sigmund Freud tentang bagaimana manusia ini secara asasnya ialah mencari keseronokan, dan menghindar kesakitan. Ideanya nampak aneh.
Tidaklah salah menghindar kesakitan itu, tetapi mustahil juga manusia itu kerjanya mencari keseronokan sahaja.