Ibu syukur kos rawatan kanser anak OKU ditanggung kerajaan
Iklan
Nurdini Tasnim disahkan menghidap leukemia jenis B-ALL dan perlu menjalani rawatan kemoterapi.
TANAH MERAH - Seorang gadis orang kurang upaya (OKU) sindrom Down melalui tempoh rawatan mencabar apabila dimasukkan ke hospital selama 31 hari bagi menjalani rawatan kanser darah, tahun lalu.
Kisah Nurdini Tasnim Abdullah, 23, dari Kampung Batu Hitam di sini bermula apabila dia dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu untuk pemeriksaan sumsum tulang selepas mengadu sakit perut.