Duta Iran puji keberanian Anwar di tengah serangan AS-Israel
Iklan
Valiollah Mohammadi Nasrabadi berkata, kepimpinan Anwar merupakan petanda jelas yang menjajar kepada landasan sejarah yang betul, sekali gus akan meningkatkan kedudukan diplomatik Malaysia. Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Duta Iran ke Malaysia memuji pendirian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berani dan berprinsip di tengah-tengah serangan berterusan Amerika Syarikat (AS) dan Israel terhadap negara itu.
Valiollah Mohammadi Nasrabadi berkata, kepimpinan Anwar merupakan petanda jelas yang menjajar kepada landasan sejarah yang betul, sekali gus akan meningkatkan kedudukan diplomatik Malaysia.
Iklan
Iklan
"Sejarah akan menilai kedudukan kebijaksanaan sedemikian dengan adil dan rakyat Iran tidak akan sesekali melupakan pendirian sokongan kerajaan dan rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Beliau berkata, dunia perlu bersuara menentang jenayah perang AS dan Israel terhadap Iran, sambil memberi amaran bahawa sikap berdiam diri dalam menghadapi tindakan sedemikian adalah satu persubahatan.
Iklan
"Komuniti antarabangsa tidak boleh bersikap acuh tak acuh. Berdiam diri dalam menghadapi tindakan seumpama itu adalah satu persubahatan. Menyasarkan infrastruktur awam mesti dikutuk tanpa ragu-ragu atau mengamalkan dwistandard.
"Jika tindakan ini dibenarkan berterusan tanpa penelitian, kedaulatan mana-mana negara dan keselamatan mana-mana orang awam tidak akan terjamin. Jika mereka boleh melakukan jenayah sedemikian terhadap satu negara, mereka boleh melakukan perkara yang sama kepada negara lain melainkan mereka dipertanggungjawabkan,” katanya.
Iklan
Duta itu turut mengutuk serangan AS-Israel terhadap infrastruktur awam Iran, termasuk kemudahan minyak dan gas, kilang keluli, hospital, universiti, sekolah, bangunan kediaman serta jambatan.
Beliau menegaskan bahawa serangan itu bukan tindakan mempertahankan diri, sebaliknya merupakan pelanggaran nyata terhadap undang-undang antarabangsa dan merupakan jenayah perang.
Beliau turut memberi amaran bahawa tindakan menyasarkan Loji Kuasa Nuklear Bushehr secara berulang kali mendatangkan risiko melangkaui sempadan Iran dan menekankan bahawa sebarang kerosakan boleh membawa kesan bencana kepada orang awam yang lebih luas di rantau itu.
Valiollah juga menzahirkan kebimbangan terhadap ancaman"melampau" Presiden AS Donald Trump untuk menyerang loji kuasa dan jambatan di Iran sekiranya Selat Hormuz terus ditutup.
Beliau berkata, ancaman sedemikian bukanlah diplomasi tetapi merupakan pengisytiharan niat untuk melakukan lebih banyak jenayah perang.
"Apabila seorang pemimpin bercakap secara terbuka tentang menghantar sebuah negara 'kembali ke zaman batu', ia mendedahkan niat sebenar. Ia menandakan kesediaan untuk mendatangkan penderitaan kepada orang awam pada skala yang tidak terbayangkan. Ini bukan kata-kata yang boleh diabaikan. Ia adalah amaran,” katanya.- Bernama
Kempen Sinar Untuk Jantung Si Kecil memberi sinar harapan kepada kanak-kanak yang memerlukan rawatan jantung apabila berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak RM134,477.79 hasil keprihatinan masyarakat seluruh negara, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Hidayah Hamid dan juruvideo, Zamir Yusof.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr Shaiful Azmi Yahaya berkata, sumbangan berkenaan memberi peluang kepada pesakit mendapatkan akses kepada rawatan yang diperlukan, selain meringankan kebimbangan kewangan keluarga.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797454/berita/nasional/kempen-sinar-untuk-jantung-si-kecil-beri-sinar-harapan-kumpul-rm134477-79
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.