Covid-19: Tiga lokasi zon merah catat lebih 300 kes
Iklan
KUALA LUMPUR - Satu lokasi zon merah di Kuala Lumpur dan dua lagi di Selangor masing-masing mencatat lebih 300 kes positif Covid-19, jumlah yang tertinggi bagi satu kawasan setakat ini, menurut Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan (KKM).
Kenyataan yang dikongsikan CPRC KKM menerusi aplikasi Telegram hari ini memaklumkan ia meliputi daerah Lembah Pantai di Kuala Lumpur dengan 367 kes manakala dua daerah di Selangor iaitu Petaling dan Hulu Langat masing-masing mencatat 308 dan 307 kes.