SEREMBAN - Polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung satu video tular memaparkan sebuah kereta dipandu secara berbahaya melawan arus di Jalan Persiaran Utama Seremban 2 dekat sini pada Sabtu lepas.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim berkata suspek berusia 34 tahun itu tampil menyerah diri di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban pada hari yang sama.