NIAGA hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) kebanyakannya rendah pada tengah hari ini sejajar dengan prestasi kadar asas pasaran tunai yang lemah.
Pada rehat tengah hari, kontrak April 2026 dan Jun 2026, masing-masing berkurangan empat mata kepada 1,696.0 dan 1,694.5, Mei 2026 menurun 4.5 mata kepada 1,696.5 manakala September 2026 meningkat lima mata kepada 1,685.5.