TEHERAN - Pegawai kanan Iran, Ali Akbar Velayati memberi amaran bahawa kesilapan berulang oleh Amerika Syarikat (AS) boleh mencetuskan penutupan Bab el-Mandeb, iaitu laluan maritim utama, lapor Mehr News Agency (MNA).
Velayati, anggota Expediency Discernment Council berkata, barisan penentangan menganggap Bab el-Mandeb mempunyai kepentingan strategik, sama seperti Selat Hormuz.