KL perlu pendekatan smart surveillance
Iklan
Kuala Lumpur memerlukan pendekatan smart surveillance yang lebih menyeluruh. Gambar kecil: Abdul Razak
KUALA LUMPUR - Kuala Lumpur memerlukan pendekatan smart surveillance yang lebih menyeluruh dan berasaskan data berbanding menambah jumlah kamera litar tertutup (CCTV) bagi memastikan ibu kota benar-benar selamat kepada pengunjung serta warga kota.
Pakar perancang bandar, Abdul Razak Abdul Rahman berkata, isu CCTV di bandar raya bukan sekadar soal jumlah unit yang dipasang tetapi lebih kepada soal urban ecosystem secara menyeluruh.