DBKL diminta tambah CCTV di kawasan berisiko tinggi
Iklan
DBKL digesa menambah bilangan CCTV di kawasan berisiko tinggi di Kuala Lumpur. Gambar kecil: Lip Eng
KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta memperbanyakkan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berisiko tinggi di sekitar ibu kota dengan operasi pemantauan 24 jam dan respons pantas.
Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng berkata, langkah itu merupakan satu keperluan supaya selari dengan peningkatan kepadatan penduduk dan cabaran jenayah yang semakin kompleks.